Thursday, 6 October 2011

Galakan Supaya Menangguhkan Sembahyang Zuhur Iaitu Menunggu Sehingga Cuaca Agak Redup Ketika Hari Panas Terik Bagi Orang Yang Ingin Pergi Sembahyang Berjemaah Tetapi Ditimpa Kepanasan Semasa Perjalanan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Satu ketika neraka mengadu kepada Tuhannya. neraka berkata: Wahai Tuhanku! Sebahagian dariku memakan sebahagian yang lain. Lalu Allah merestui neraka dengan memberikannya dua nafas. Nafas pada musim dingin dan nafas pada musim panas, nafas tersebut lebih panas dari kepanasan yang biasa kamu dapati dan lebih sejuk dari kesejukan yang biasa kamu dapati.

Galakan Supaya Menangguhkan Sembahyang Zuhur Iaitu Menunggu Sehingga Cuaca Agak Redup Ketika Hari Panas Terik Bagi Orang Yang Ingin Pergi Sembahyang Berjemaah Tetapi Ditimpa Kepanasan Semasa Perjalanan

Hadis Abu Zar r.a katanya: Seorang tukang azan Rasulullah s.a.w mengumandangkan azan sembahyang Zuhur. Rasulullah s.a.w bersabda: Tunggulah sehingga cuaca redup, tunggulah sehingga cuaca redup. Mungkin juga katanya: Tunggu sebentar, tunggu sebentar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya panas yang membara itu adalah bahang dari Api neraka Jahanam. Apabila hari sangat panas maka tangguhkanlah sembahyang. 

Galakan Supaya Menangguhkan Sembahyang Zuhur Iaitu Menunggu Sehingga Cuaca Agak Redup Ketika Hari Panas Terik Bagi Orang Yang Ingin Pergi Sembahyang Berjemaah Tetapi Ditimpa Kepanasan Semasa Perjalanan

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila hari tersangat panas, maka tangguhkanlah sembahyang kerana sesungguhnya kepanasan yang bersangatan itu termasuk dari bahang api neraka Jahanam. 

Perkara Yang Diminta Perlindungan Ketika Sembahyang

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahud, dia hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa:


 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ 


Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seksaan neraka Jahanam, dari seksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah Dajal. 

Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api neraka.

Wednesday, 5 October 2011

Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik. 

Rasulullah s.a.w Bersabda: Allah Berfirman Kepada Nabi Adam a.s: Keluarkanlah Ahli Neraka Dari Setiap Seribu Seramai Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan Orang

Hadis Abu Said r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Wahai Adam! Lalu baginda menyahut: Aku bersedia menerima perintahMu dan kebaikan ada di tanganMu. Allah berfirman: Keluarkan orang yang dikirimkan ke neraka. Adam bertanya: Berapa orang yang dikirim ke neraka itu? Allah berfirman: Dari setiap seribu orang, dikeluarkan sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang. Rasulullah s.a.w bersabda: Semua itu terjadi ketika kanak-kanak beruban, وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَي النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ Yang bermaksud: Wanita yang hamil akan gugur kandungan dan manusia berada di dalam keadaan mabuk, sedangkan sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi seksa Allah yang amat dahsyat. Sabda Rasulullah s.a.w tersebut merungsingkan para sahabat. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah. Siapakah di antara kami lelaki itu iaitu seorang di antara seribu? Rasulullah s.a.w bersabda: Bergembiralah kamu kerana di antara seribu itu ialah Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kamu hanya seorang. Kemudian Baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi satu perempat dari Ahli Syurga. Maka kami iaitu para sahabat memuji Allah dan bertakbir. Baginda bersabda lagi: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu akan menjadi satu pertiga dari ahli Syurga. Kami memuji Allah dan bertakbir. Kemudian baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi sebahagian dari Ahli Syurga. Perumpamaan kamu di tengah-tengah umat lain, bagaikan sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti tanda di betis Keldai.