Friday, 7 October 2011
Bacaan Ketika Sembahyang Subuh
702. Hadis Abu Barzah r.a:
Rasulullah s.a.w membaca ayat-ayat Al-Quran semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.
Bacaan Ketika Sembahyang Zuhur Dan Asar
685. Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w berjemaah bersama kami pada sembahyang Zuhur dan Asar, baginda membaca surah Al-Fatihah dan dua surah pada dua rakaat yang pertama. Kadang-kadang baginda menyaringkan bacaan ayatnya kepada kami. Baginda memanjangkan rakaat pertama dan memendekkan rakaat kedua ketika sembahyang Zuhur demikian juga ketika sembahyang Subuh.
Meninggikan Bacaan Di dalam Sembahyang Subuh Dan Membaca Al Quran Kepada Jin
681. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w belum pernah membaca Al-Quran dan mengajar agama kepada jin dan belum pernah pula melihat mereka. Kisahnya, baginda berangkat bersama dengan rombongan para sahabat menuju ke pasar Ukaz Pada ketika itu, tipu muslihat antara syaitan dan berita dari langit dihalangi dan mereka dilempari dengan panah api. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka, lalu berkata: Antara kami dan berita dari langit ditipu daya dan kami dilempari dengan panah api. Kaum mereka berpendapat: Keadaan itu adalah kerana ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Pergilah ke bumi di sebelah timur dan barat. Telitilah apa yang menghalangi antara kita dan berita dari langit. Mereka pun pergi ke bumi di sebelah timur dan barat. Sekumpulan jin dari mereka menuju ke arah Tihamah iaitu mengikuti Nabi s.a.w. Baginda berada di bawah pokok tamar dalam perjalanan ke pasar Ukaz. Pada saat itu, baginda sedang sembahyang Subuh bersama para sahabat. Ketika mereka mendengar Al-Quran, mereka memerhatikannya, lalu berkata: Inilah yang menghalangi antara kita dengan berita dari langit. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka lalu berkata: Wahai kaumku. إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا Yang bermaksud: Sesungguhnya aku telah mendengar bacaan yang mengkagumkan, yang boleh menunjukkan kita kepada kebenaran, maka aku beriman kepadanya dan tidak akan menyekutukan Tuhanku dengan siapa pun. Maka Allah s.w.t menurunkan kepada nabiNya Muhammad s.a.w ayat قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ Yang bermaksud: Katakanlah, telah diwahyukan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Quran.
Mendengar Bacaan Al Quran
679. Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah s.w.t:
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ
Yang bermaksud: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca Al-Quran. Beliau berkata: Dulu apabila Malaikat Jibril turun menyampaikan wahyu, maka Nabi s.a.w menggerakkan lidah dan bibir baginda untuk membaca wahyu tadi sehingga susah menggerakkannya. Keadaan baginda sedemikian dapat dilihat. Maka Allah berfirman:
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Yang bermaksud: Janganlah kamu menggerakkan lidahmu untuk membacanya dan ingin cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya dan membacanya. Kamilah yang perlu mengumpulkannya di dadamu dan membacanya, lalu kamu membacanya.
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Yang bermaksud: Apabila Kami selesai membacanya, maka ikutilah bacaan itu. Kami menurunkannya, maka dengarkanlah baik-baik. FirmanNya
إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
Yang bermaksud: Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. Kami menjelaskannya melalui lidahmu. Apabila Malaikat Jibril mendatangi baginda, baginda diam dan apabila Malaikat tadi iaitu Jibril telah pergi, barulah baginda membacanya sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah kepada baginda.

Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriyah (Sembahyang Yang Dibaca Secara Nyaring) Iaitu Antara Nyaring Dan Perlahan Jika Dikhuatiri Akan Menimbulkan Perkara Yang Tidak Baik Apabila Dinyaringkan
677. Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w::
وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ
Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu.
وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا
Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,
وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan.
678. Hadis Aisyah r.a: Tentang firman Allah s.w.t: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu dan jangan pula kamu memperlahankannya. Beliau berkata: Ayat ini ditujukan pada doa.

Wanita Dibolehkan Keluar Ke Masjid Jika Tidak Menimbulkan Fitnah Dan Tidak Dibolehkan Memakai Wangi wangian
666. Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya.
676. Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Kalau sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh kaum wanita sekarang, nescaya baginda melarang mereka pergi ke masjid, seperti dilarang kepada wanita Bani Israel. Yahya berkata: Aku bertanya kepada Amrah, adakah wanita Bani Israel itu dilarang pergi ke masjid? Maka beliau menjawab: Ya!.

Perintah Terhadap Kaum Wanita Yang Sembahyang Di Belakang Kaum Lelaki Agar Tidak Mengangkat Kepala Mereka Dari Sujud Sebelum Kaum lelaki Mengangkat Kepala Masing masing
665. Hadis Sahl bin Saad r.a katanya:
Aku melihat orang lelaki yang sembahyang di belakang Nabi s.a.w mengikatkan kain mereka pada leher kerana kain mereka terlalu sempit. Kemudian seseorang berkata: Wahai para wanita! Janganlah kamu mengangkat kepala kamu sebelum kaum lelaki itu bangun.
Subscribe to:
Posts (Atom)