Hadis Usamah bin Zaid r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku pernah bertanya kepada Ata': Adakah kamu pernah mendengar Ibnu Abbas r.a berkata: Kamu hanya diperintahkan untuk melakukan Tawaf, bukan diperintah untuk memasuki ke dalamnya. Ata' berkata: Beliau tidak melarang dari memasukinya. Tapi aku mendengar beliau berkata: Usamah bin Zaid r.a pernah menceritakan padaku: Nabi s.a.w ketika masuk Baitullah baginda berdoa di setiap sudutnya dan baginda tidak mendirikan sembahyang sehinggalah keluar. Setelah keluar, baginda sembahyang dua rakaat di hadapan Baitullah. Baginda bersabda: Ini adalah kiblat. Kemudian aku bertanya kepada Usamah: Pada setiap penjuru atau pada satu sudut sahaja? Beliau menjawab: Pada setiap sudut Baitullah adalah kiblat.
Monday, 24 October 2011
SEMBAHYANG ISTISQA' (SEMBAHYANG MINTA HUJAN)
Hadis Abdullah bin Zaid Al-Mazini r.a katanya
Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang untuk mendirikan sembahyang Istisqa' (sembahyang minta hujan) dan baginda memakai selendang secara terbalik ketika menghadap kiblat.
Sembahyang Khauf Iaitu Ketika Dalam Keadaan Ketakutan
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Aku pernah bersama Rasulullah s.a.w turut mendirikan sembahyang Khauf. Kami membentuk dua saf. Satu saf berada di belakang Rasulullah s.a.w manakala pihak musuh berada di antara kami dan kiblat. Ketika Nabi s.a.w mengangkat takbir kami semua ikut mengangkat takbir. Kemudian baginda rukuk dan kami semua pun ikut rukuk. Kemudian baginda mengangkat kepala dari rukuk kami pun turut melakukan hal yang sama. Kemudian baginda turun untuk sujud bersama saf pertama. Sementara itu saf yang di belakang tetap berdiri berhadapan dengan musuh. Ketika Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf pertama. Saf yang di belakang pula turun untuk melakukan sujud dan kemudian berdiri. Kemudian saf yang belakang itu maju ke hadapan dan saf pertama bergerak ke belakang. Kemudian Nabi s.a.w rukuk dan kami semua ikut serta rukuk bersama baginda. Kemudian Nabi berdiri tegak dan kami pun mengikuti baginda. Sementara barisan yang tadi berada di belakang ikut sujud bersama baginda, manakala barisan yang satu lagi tetap berdiri menghadapi musuh. Apabila Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf yang berada di belakang baginda, maka barisan yang di belakang pula turun sujud. Setelah mereka selesai sujud, Nabi s.a.w memberi salam dan kami semua ikut serta memberi salam. Kata Jabir: Seperti yang biasa dilakukan oleh pasukan pengawal terhadap pemimpin mereka.

Harus Sembahyang Sunat Di Atas Kenderaan Semasa Musafir Dengan Menghadap Mengikut Haluannya
Hadis Anas bin Malik r.a:
Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin r.a katanya: Aku bertemu dengan Anas bin Malik ketika beliau pulang dari Syam. Aku bertemu dengannya di Ain At-Tamr dan aku melihat beliau sembahyang di atas keldai sedangkan mukanya menghadap ke arah ini, iaitu sebelah kiri kiblat. Aku berkata kepadanya: Aku melihat kamu sembahyang dengan tidak menghadap ke arah kiblat? Dia menjawab: Seandainya aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukan perkara ini, pasti akupun tidak akan melakukannya.

Terlupa Dalam Sembahyang Dan Sujud Sahwi
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah kiblat. Di antara sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat. Lalu seorang sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan iaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang sembahyang dan menurut kata Ibrahim: Baginda menambah atau mengurang rakaat sembahyangnya, maka setelah selesai memberi salam, baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah ada sesuatu yang telah terjadi pada sembahyang tadi? Rasulullah s.a.w bertanya kembali: Perkara apakah itu? Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu telah mendirikan sembahyang begini dan begini. Beliau berkata: Seketika itu juga Rasulullah s.a.w melipatkan kedua kakinya dan menghadap kiblat, lalu baginda sujud sebanyak dua kali, lantas baginda memberi salam. Kemudian beliau berpaling ke arah kami seraya bersabda: Seandainya terjadi sesuatu semasa dalam sembahyang, maka aku ingin menerangkannya kepada kamu. Tetapi aku juga manusia biasa yang boleh jadi terlupa sama seperti kamu. Apabila aku terlupa, peringatkanlah kepadaku. Apabila kamu merasa ragu-ragu ketika sembahyang, hendaklah kamu berusaha mencari yang sepatutnya dan menyempurnakannya jika kurang, selepas itu hendaklah kamu melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali.
Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang
Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat air liur, hingus atau kahak di dinding kiblat lalu baginda menyapunya.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat hingus di arah kiblat masjid, lalu baginda menyapunya dengan batu kecil. Kemudian baginda melarang seseorang dari meludah ke kanan atau ke depan, tetapi bolehlah meludah ke kiri atau ke bawah telapak kaki kirinya.

(Nombor hadith dalam S Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat air liur di dinding yang menghadap ke arah kiblat lalu baginda menyapunya. Kemudian baginda berpaling kepada para sahabat dan bersabda: Semasa kamu sembahyang, kamu janganlah meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.

Pembinaan Masjid Nabi s.a.w
Hadis Anas bin Malik r.a:
Ketika Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda singgah di kawasan yang agak tinggi di Kota Madinah iaitu sebuah tempat yang bernama Bani Amru bin Auf. Baginda tinggal bersama mereka selama empat belas malam. Kemudian baginda menyuruh supaya memanggil pemimpin Bani Najjar. Lalu mereka pun datang membawa pedang masing-masing. Beliau berkata lagi: Aku seolah-olah melihat Rasulullah s.a.w di atas untanya, manakala Abu Bakar berada di belakang baginda, sementara pemimpin Bani Najjar mengelilingi baginda. Baginda membiarkan saja unta baginda itu membawanya sehinggalah baginda tiba di halaman rumah milik Abu Ayyub. Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w sembahyang walau di mana saja bila tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang di dalam kawasan pemeliharaan kambing. Kemudian baginda memerintahkan supaya didirikan sebuah masjid. Beliau berkata lagi: Lalu baginda menyuruh memanggil pemimpin Bani Najjar itu, mereka pun datang. Lalu baginda bersabda: Wahai Bani Najjar! Nyatakan harga kebunmu ini kepadaku. Lalu mereka menjawab: Tidak! Demi Allah, kami tidak mahukan harganya kecuali kepada Allah. Lalu Anas berkata: Mengikut pengetahuanku, dalam kebun itu terdapat pokok kurma, kubur orang-orang Musyrikin dan runtuhan bangunan. Lantas Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memotong pokok kurma, membongkar kubur orang-orang Musyrikin dan meratakan runtuhan bangunan. Beliau berkata lagi: Lalu mereka menjadikan pohon kurma tersebut sebagai arah kiblat dan sebuah batu besar sebagai bahu pintu gerbang. Beliau berkata lagi: Mereka melakukan pekerjaan berat itu sambil mengalunkan syair dan Rasulullah s.a.w ada bersama mereka. Mereka bersyair: اللَّهُمَّ إِنَّهُ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُ الْآخِرَهْ فَانْصُرِ الْأَنْصَارَ وَالْمُهَاجِرَهْ Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya tiada kebaikan yang terlebih baik melainkan kebaikan akhirat. Bantulah orang-orang Ansar dan orang-orang Muhajirin.

Melintang Di Hadapan Orang Sembahyang
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Nabi s.a.w pernah mendirikan sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu melintang di antara baginda dan kiblat seperti jenazah melintang.

Sembahyang Berhampiran Dinding
Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a:
Beliau memilih tempat untuk meletak mashaf iaitu Al-Quran, lalu sembahyang di situ. Beliau menyebut bahawa Rasulullah s.a.w juga memilih tempat tersebut. Manakala jarak antara mimbar dan kiblat hanyalah cukup untuk laluan seekor kambing sahaja.

Galakan Ketika Melakukan Amalan
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Seseorang berkata:
Apabila kamu duduk untuk membuang air besar, pastikan kamu tidak menghadap ke arah kiblat dan tidak menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Abdullah berkata: Aku pernah naik ke atas bumbung rumah dan terlihat Rasulullah s.a.w duduk di atas dua biji batu dengan menghadap ke Baitulmuqaddis untuk membuang air besar.

Hadis Abu Ayyub Al-Ansariy r.a:
Nabi s.a.w bersabda:
Apabila kamu ingin membuang air besar, kamu janganlah menghadap kiblat. Begitu juga janganlah kamu membelakanginya sewaktu kencing atau membuang air besar. Sebaliknya menghadaplah ke timur atau ke barat.

Subscribe to:
Posts (Atom)