Wednesday, 5 October 2011
Wajib Membasuh Kedua Kaki Dengan Sempurna
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik.
Rasulullah s.a.w Bersabda: Allah Berfirman Kepada Nabi Adam a.s: Keluarkanlah Ahli Neraka Dari Setiap Seribu Seramai Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan Orang
Hadis Abu Said r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Wahai Adam! Lalu baginda menyahut: Aku bersedia menerima perintahMu dan kebaikan ada di tanganMu. Allah berfirman: Keluarkan orang yang dikirimkan ke neraka. Adam bertanya: Berapa orang yang dikirim ke neraka itu? Allah berfirman: Dari setiap seribu orang, dikeluarkan sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang. Rasulullah s.a.w bersabda: Semua itu terjadi ketika kanak-kanak beruban, وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَي النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ Yang bermaksud: Wanita yang hamil akan gugur kandungan dan manusia berada di dalam keadaan mabuk, sedangkan sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi seksa Allah yang amat dahsyat. Sabda Rasulullah s.a.w tersebut merungsingkan para sahabat. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah. Siapakah di antara kami lelaki itu iaitu seorang di antara seribu? Rasulullah s.a.w bersabda: Bergembiralah kamu kerana di antara seribu itu ialah Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kamu hanya seorang. Kemudian Baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi satu perempat dari Ahli Syurga. Maka kami iaitu para sahabat memuji Allah dan bertakbir. Baginda bersabda lagi: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu akan menjadi satu pertiga dari ahli Syurga. Kami memuji Allah dan bertakbir. Kemudian baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi sebahagian dari Ahli Syurga. Perumpamaan kamu di tengah-tengah umat lain, bagaikan sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti tanda di betis Keldai.
Ahli Neraka Yang Paling Ringan Azabnya
Hadis An-Nu'man bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling ringan azabnya pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada tapak kakinya dua biji batu dari neraka, ianya akan menyebabkan otaknya mendidih iaitu lelaki yang tidak pernah kena tanah semasa berjalan.
Syafaat Nabi s.a.w Kepada Abu Talib Dan Keringanan Dari Hukum Serta Azab Dengan Sebab Baginda
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah mendengar orang bercakap tentang bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Maka Rasulullah s.a.w bersabda Semoga syafaatku dapat menolongnya pada Hari Kiamat. Dia diletakkan di dalam neraka yang paling cetek iaitu kurang panas, apabila diletakkan kakinya nescaya mendidih otaknya.
Syafaat Nabi s.a.w Kepada Abu Talib Dan Keringanan Dari Hukum Serta Azab Dengan Sebab Baginda
Hadis Al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a:
Sesungguhnya beliau berkata: Wahai Rasulullah! Adakah engkau dapat memberikan sesuatu manfaat kepada Abu Talib? Sesungguhnya dia membelamu iaitu menolong, menjaga, memenuhi segala keperluan dan marah kepada musuhmu demi keselamatanmu. Rasulullah s.a.w menjawab dengan sabdanya: Ya, dia berada di neraka yang paling cetek iaitu kurang panas. Kalaulah tidak kerana aku, nescaya dia berada di neraka yang paling bawah iaitu paling panas.
Perbincangan Tentang Firman Allah: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika turunnya ayat Al-Quran surah As-Syura, ayat 214
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
Yang bermaksud: Berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat. Rasulullah s.a.w telah menyeru kaum Quraisy lalu mereka semua berkumpul. Rasulullah s.a.w telah berbicara secara umum dan secara khusus. Baginda bersabda lagi: Wahai Bani Kaab bin Luaiy. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Murrah bin Kaab. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Syams. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Manaf. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Hasyim. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Muttalib. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Fatimah. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Sesungguhnya aku tidak boleh menolak sebarang seksaan Allah kepada kamu, maka janganlah merasa selamat dari azab Allah dengan sebab mempunyai hubungan kerabat denganku melainkan kamu menjalinkan hubungan silaturahim iaitu Islam. Tentu aku akan menguatkan hubungan itu dengan hubungan yang kuat iaitu ihsan.
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
Yang bermaksud: Berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat. Rasulullah s.a.w telah menyeru kaum Quraisy lalu mereka semua berkumpul. Rasulullah s.a.w telah berbicara secara umum dan secara khusus. Baginda bersabda lagi: Wahai Bani Kaab bin Luaiy. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Murrah bin Kaab. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Syams. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Manaf. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Hasyim. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Muttalib. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Fatimah. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Sesungguhnya aku tidak boleh menolak sebarang seksaan Allah kepada kamu, maka janganlah merasa selamat dari azab Allah dengan sebab mempunyai hubungan kerabat denganku melainkan kamu menjalinkan hubungan silaturahim iaitu Islam. Tentu aku akan menguatkan hubungan itu dengan hubungan yang kuat iaitu ihsan.
kisah syaitan dan lubang hidung
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)
Ahli Syurga Yang Paling Rendah Kedudukannya Di Dalam Syurga
Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari neraka sesiapa yang melafazkan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda.
Subscribe to:
Posts (Atom)