Friday 4 November 2011

Meminta Imam Supaya Mempercepat Sembahyang Tanpa Mencacat Sembahyang

 713. Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: 
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku akan datang lewat semasa sembahyang Subuh nanti disebabkan oleh Si Polan yang memanjangkan sembahyangnya. Aku belum pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberi nasihat melebihi kemarahan baginda pada hari itu. Baginda bersabda: Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kamu yang menjauhkan orang dari agama. Maka sesiapa di antara kamu menjadi imam, hendaklah dia mempercepatkan sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang mempunyai keperluan lain.
   
714. Hadis Abu Hurairah r.a: 
Nabi s.a.w pernah bersabda: Apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, hendak dia mempercepat sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat kanak-kanak yang masih kecil, orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang sakit. Maka apabila mereka mendirikan sembahyang bersendirian, boleh sembahyang sesuka hatinya.
   
719. Hadis Anas r.a: 
Sesungguhnya Nabi s.a.w mempercepat sembahyang sehingga menyempurnakannya.
   
722. Hadis Anas r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w pernah mendengar tangisan anak kecil bersama ibunya ketika baginda sedang sembahyang, lalu baginda pun membaca surah yang sedikit ayatnya atau surah yang pendek.

Thursday 27 October 2011

Hakikat Sembahyang


SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  • Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
  • Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
  • Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
  • Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

HADIS-HADIS SEKITAR SOLAT




Rasulullah s. a. w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H. R. Bukhari dan Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H. R. Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H. R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H. R. Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H. R. Bukhari

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H. R. Muslim & Ahmad

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam
(mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H. R. Sahih Muslim

Rasullulah s. a. w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H. R. Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s. a. w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai
70x Jumaat tanpa memakai serban" H. R. Ibn'Asakir

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H. R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H. R. Abu Dawud

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H. R. Attabrani

Tuesday 25 October 2011

Fadilat solat


Hadis 1
Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya;mendirikan solat;membayarkan zakat;mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang.Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu.Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Hadis 2
Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal>begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khsyuk dan tawaduk.Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan.Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yg terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.
Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.
Hadis 3
Abu Usman r.a bekata,"Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu.Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.Kemudian kata beliau padaku,"Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya kenapa aku berbuat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkanlah padaku." Kata beliau,"Beginilah Rasulullah s.a.w melakukan di hadapanku semasa kubersamanya di bawah sepohon kayu.Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda,"Wahai Salman!mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?" Sahutku,"Sila khabarkan padaku kenapa Baginda buat begini." Sabda Baginda, "Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna,kemudian dia laksankan solat lima kali pada sehari maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur."
Lantas Baginda membaca ayat-ayat Quran yg bermaksud "Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yg baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk(dosa);itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat" (Hud 11:114)
Hadis 4
Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.
Hadis 5
Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."
Pada umumnya air yang mengalir adalah bersih,tak kotor dan lebih dalam air itu mengalir lebih jernih dan lebih bersih ia.Bermandian di dalam air yang sebersih itu pastilah habis segala kotoran yang ada pada tubuh dan bersihlah ia.Solat yang dikerjakan dengan memberati segala rukunnya samalah ibarat dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa dari segala dosa.
Ada banyak hadits yang seerti walaupun matanya berbeza sedikit yang dilapurkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Hadis 6
Huzaifah r.a berkata apabila Rasulullah tersua dengan sesuatu kesulitan,lantas Baginda bersolat.Solat adalah satu rahmat yang besar dari ALLAH s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat ALLAH s.w.t dan apabila rahmat ALLAH itu tiba menyelamatkan pastilahbahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.
Memang ada banyak mengenai amalan-amalan Rasulullah s.a.w seperti ini.Demikian ada banyak amalan para sahabat yang mengikuti amalan-amalannya yang sehingga sekecil-kecilnya pun.
Kata Abu Darda r.a ,"Apabila angin kencang meniup Rasulullah segera masuk ke masjid dan Baginda tidak akan keluar sehingga angin itu reda.Demikian juga pada ketika gerhana matahari atau bulan baginda akan bersolat."
Hadis 7
Ibn Sirin berkata, "Sekiranya aku dibenarkan memilih di antara Syurga dan solatdua rakaat maka akan ku pilih solat;sebabnya adalah jelas.Syurga adalah untuk nikmatku padahal solat adalah untuk nikmat ALLAH s.w.t.
Rasulullah bersabda, "Alangkah dicemburuinya golongan orang-orang Islam yang paling sedikit mempunyai kesukaran;harta kekayaannya ialah solat;seumur hidupnya bersyukur dengan apa yg diperolehinya;menyembah Tuhannya dengan penuh khusyu';hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dengan hampir-hampir tidak mempunyai harta-harta pusaka yang hendak diwasiatkan dan amat sedikit orang yang hendak mengkabunginya."
Dalam hadits lain Rasulullah s.a.w diberitakan sebagai bersabda,"Solatlah dirumah-rumahmu selalu agar rumah-rumahmu itu dicucuri rahmat serta rahim oleh ALLAH s.w.t."
Hadis 8
Abi Muslim At-Tighlibi r.a meriwayatkan,"Sekali daku pergi menemui Abu Umamah r.a tatkala beliau berada di dalam masjid.Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya,ALLAH s.w.t mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat,oleh tangannya yang berbuat maksiat,oleh telinganya yang mendengra berita-berita maksiat,oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang tersedik ke arah maksiat.Jawabnya,"Demi ALLAH!Daku mendengar perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."
Ramai para sahabat Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan hadis ini dengan sedikit sebanyak bezanya.Mereka telah dirahmati dengan 'kasyaf' dapatpun menyaksi dosa-dosa itu gugur.
Adalah diberitakan bahwa Imam Abu Hanifah dapat mengatakan dari air yang menititk dari anggota orang yang sedang berwudhuk dosa yang manakah yang telah diampun dengan wudhuknya itu.
Dari satu riwayat daripada Osman r.a Rasulullah s.a.w adalah diberikan telah memberi amaran kepada mereka yang bermegah melakukan maksiat dengan harapan dosa-dosa itu akan terampun dengan merngerjakan solat.
Sesungguhnya kita tidak ada alasan merasa megah atas hal ini.Pada halnya apakah mutu solat yg kita kerjakan? Andaikata ALLAH s.w.t membebaskan dari kewajipan-kewajipan kita maka itu adalah semata-mata belas kasihanNya,yg istimewa.Melanggari perintah-perintah ALLAH s.w.t adalah satu-satunya perangai terkeji,kerana ALLAH s.w.t itu Pengasih,Penyayang lagi Pengampun.
Hadis 9
Abu Hurairah menceritakan,"Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama Islam serentak.Salah seorang darinya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya.Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahwa telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam Syurga dahulu dari simati syahid itu.Ini menakjubkannya.Daku tidak ingat sama ada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan Ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6 ribu rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah si syahid itu mati?"
Sesungguhnya kita tidaik tahu berapa besar nilainya solat itu.Rasulullah s.a.w kerap didengar bersabda, "Sejuk pandangan mataku ialah di dalam bersolat." Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.Demi itu apakah lagi yang lebih nilainya dari solat.
Hadis 10
Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas supaya menyeru:"Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan utk membakari dirimu." Manusiapun bangun,berwudhuk dan sembahyang Zuhur.Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak matahari terbit terampun.Demikianlah diulangi pada waktu Asar,Maghrib dan Isyak.Selepas Isyak oarng tidur,tetapi ada sesetengah sibuk mengerjakan kebaikan dan selebihnya sibuk mengerjakan maksiat."
Salman r.a berkata: Selepa Isyak manusia adalah dibahagikan kepada tiga golongan.Ada setengahnya, malam hari itu padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan.Mereka itu menghabiskan malamnya dengan menyembah ALLAH s.w.t sementara orang lain nyenyak tidur;pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yang besar dari Tuhan mereka.Pada yang lain-lain malam hari menjadi bebanan dan kutukan baginya kerana mereka mengerjakan berbagai macam maksiat pada malam hari.Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.
Golongan yang ketiga pula ialah selepas sahaja Isyak terus tidur.Mereka untung tidak,rugipun tidak.
Hadis 11
Abu Qatasah r.a meceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"ALLAH berfirman,'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi ummatmu.Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya,maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.Ummatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini."
Adalah diriwayatkan di dalam sepotong hadits lagi bahawa ALLAH s.w.t telah mewajibkan sembahyang lima waktu dan barang siapa menjaga solatnya dengan berwudhuk dengan sempurna dansembahyang pada ketika masuk waktunya dengan ikhlas dan khusyuk, ALLAH s.w.t menjamin iaitu dia akan memasuki syurga.Barang siapa tidak menjaga solatnya maka tidak ada jaminan ini baginya;dia mungkin diampun atau tidak.
Sesungguhnya solat merupakan satu ibadat yang tidak ternilai harganya.Ia memberikan kepada kita peluang mendapat jaminan ALLAH s.wt memasuki syurgaNya.Kita merasa puas hati dan gembira apabila seorang yg terhormat lagi kaya atau mempunyai kuasa pemerintah memberikan jaminan kepada kita untuk mendapat sesuatu dari keperluan duniawi ini dan kita menganggapnya sebagai tugas kitalah supaya kekal mentaatinya.Di sini ALLAH s.w.t memberikan jaminanNYa utk kebahagiaan abadi sesudah mati kerana bersembahyang lima kali sehari semalam yang tidak mengambil masa lama manapun.Kalau dengan inipun kita tidak mahu menerima peluang ini maka diri kita sendirilah yang harus dipersalahkan bagi menerima seksa yang menunggu kita.
Hadis 12
Ibn Salman berkata bahawa seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan: "Apabila kami telah menang peperangan Khaibar,kami mulai membeli dan menjual antara kami harta-harta rampasan yang jatuh ke tangan kami.Salah seorang dari kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Ya Rasulullah;Tidak ada seorangpun yang mendapat keuntungan seperti yang hamba perolehi dalam perniagaan hari ini." Rasulullah s.a.w bertanya: "Berapa banyakkah yang telah anda dapati?" Jawabnya,"hamba terus menjual dan membeli sehingga hamba perolehi keuntungan bersih tiga ratus oqiyyah perak." Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah, saya memberitahukan anda sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Sahutnya "Beritahulah pada hamba,Ya Rasulullah!" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardhu."
Di Pakistan dan di India wang sebanyak tiga ratus oqiyyah perak itu adalah kira-kira tiga ribu rupiah.Menurut Rasulullah s.a.w keuntungan di dunia yang fana ini tiada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat.Hidup kita akan senang kalu kita suburkan iman kita sehingga solat nafil dua rakaat,pada pandangan kita adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini.Solat adalah sesungguhnya perbendaharaan yang kaya dan itulah sebabnya Rasulullah s.a.w telah mengibaratkannya sebagai 'pengipur mataku' serta memerintahkan agar solat itu ditunaikan hingga ke akhir hayatnya.Ummu Salmah r.h.a memberitahu bahawa kalam yang akhir Rasulullah s.a.w yang hampir-hampir beliau tidak dapat tuturkan ialah memberati solat dan berlaku baik terhadap hamba sahaya.Ada juga sebuah hadits yang semakna dengannya yang diberitakan oleh Saidina Ali r.a.
Hadis 13
Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa satu malam beliau ke masjid.Beliau mendapati Rasulullah s.a.w sedang berdiri dalam solat.Beliaupun ingin menyertainya.Lalu beliau berniat dan berdiri di belakang Rasulullah s.a.w Pada masa itu rasulullah s.a.w sedang membaca surah Baqarah.Beliau fikir bahawa pada akhir ayat yang ke seratus Rasulullah s.a.w akan berhenti membaca dan akan ruku',tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat demikian.Beliau lantas berfikir barangkali Rasulullah s.a.w akan ruku' setelah selesai membaca ayat yg kedua ratus;di sinipun Rasulullah tidak berhenti.Beliau kemudian yakin bahawa Rasulullah s.a.w akan selesai berdiri dengan akhirnya surah itu.Apabila tamat surah itu Rasulullah s.a.w memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' beberapa kali lantas mula membaca surah Ali Imran.Apabila tamat surah itu Baginda sekali lagi memuji ALLAH dengan 'Allahumma lakal hamdu' tiga kali lantas mulai membaca surah AL Maidah.Rasulullah s.a.w turun ruku'nya hanya selepas selesai surah ini.Dalam ruku' dan sujud Rasulullah s.a.w membaca tasbih dan beberapa doa lain yang tidak dapat beliau faham.
Pada rakaat yang kedua rasulullah s.a.w mulai dengan surah Al An'am selepas Al fatihah.Beliau tak dapat meneruskan solatnya lagi dengan Rasulullah s.a.w lalu beliau keluar dari solatnya itu dengan perasaan malas.Apa yang Rasulullah telah baca dalam satu rakaat adalah kira-kira seperenam daripada Al Quran.Lagi pula Rasulullah s.a.w mesti baca Al Quran itu dengan tajwid yang sempurna.Kita faham betapa lamanya satu-satu rakaat itu.Adalah kerana ini maka kaki Rasulullah s.a.w selalu didapati bengkak.tetapi tidaklah seseorang itu merasa payah dan susah mengerjakan solat kalau hatinya telah dipenuhi dengan kemanisan solat itu.
Hadis 14
Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama-sama dengan para sahabatnya Baginda bersabda:"Tiga perkara dalam dunia ini yang sangat-sangat kuhargai; wangi-wangian; wanita dan solat - 'penyejuk mataku'.Sahut Abu Bakar r.a. "Benar! Dan daku menghargai tiga benda - melihat wajahmu,membelanjakan harta kekayaanku atasmu dan bahawasanya anak perempuanku menjadi isterimu ya Rasulullah." Sahut Umar r.a " Benar! dan tiga perkara yang paling aku cintai ialah - menegak kebenaran; mencegah kemungkaran dan memakai pakaian yang bertampung." Sahut Osman r.a "Benar! Dan tiga perkara yang paling kucintai ialah- memberi makan orang yang lapar; memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca Al-Quran." Sahut Ali r.a " Benar! Dan daku paling cinta tiga perkara ini- melayani tetamu,berpuasa pada hari yang panas terik dan memancung kepala musuh dengan pedangku."
Pada ketika itu Jibrail a.s pun muncul seraya berkata kepada Rasulullah s.a.w "ALLAH s.w.t telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cinta sekiranya daku ini seorang manusia." Sahut rasulullah s.a.w "Khabarkanlah kepada kami ya Jibrail." Kata Jibrail a.s " Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta tiga perkara- memimpin orang yang sesat; mengasihi mereka yang solat dalam keadaan miskin dan papa; dan membantu keluarga orang-orang miskin, dan bagi ALLAH s.w.t Dia mencintai tiga perkara dari para hambaNya- Yang berjuang pada jalanNya; yang menangis pada ketika bertaubat dan yang teguh sabar pada masa lapar dan dahaga."
Hadis 15
Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian,menyihatkan kesihatan badan,menghilangkan penyakit,meneguhkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembirakan ruhani,menyegarkan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani,mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.tIa menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t.Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.

Monday 24 October 2011

Sunat Memasuki Kaabah Bagi Jemaah Haji Dan Bukan Jemaah Haji Serta Sunat Sembahyang Di Dalamnya Dan Berdoa Di Setiap Sudutnya

Hadis Usamah bin Zaid r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku pernah bertanya kepada Ata': Adakah kamu pernah mendengar Ibnu Abbas r.a berkata: Kamu hanya diperintahkan untuk melakukan Tawaf, bukan diperintah untuk memasuki ke dalamnya. Ata' berkata: Beliau tidak melarang dari memasukinya. Tapi aku mendengar beliau berkata: Usamah bin Zaid r.a pernah menceritakan padaku: Nabi s.a.w ketika masuk Baitullah baginda berdoa di setiap sudutnya dan baginda tidak mendirikan sembahyang sehinggalah keluar. Setelah keluar, baginda sembahyang dua rakaat di hadapan Baitullah. Baginda bersabda: Ini adalah kiblat. Kemudian aku bertanya kepada Usamah: Pada setiap penjuru atau pada satu sudut sahaja? Beliau menjawab: Pada setiap sudut Baitullah adalah kiblat. 

SEMBAHYANG ISTISQA' (SEMBAHYANG MINTA HUJAN)

Hadis Abdullah bin Zaid Al-Mazini r.a katanya Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang untuk mendirikan sembahyang Istisqa' (sembahyang minta hujan) dan baginda memakai selendang secara terbalik ketika menghadap kiblat. 

Sembahyang Khauf Iaitu Ketika Dalam Keadaan Ketakutan

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
 Aku pernah bersama Rasulullah s.a.w turut mendirikan sembahyang Khauf. Kami membentuk dua saf. Satu saf berada di belakang Rasulullah s.a.w manakala pihak musuh berada di antara kami dan kiblat. Ketika Nabi s.a.w mengangkat takbir kami semua ikut mengangkat takbir. Kemudian baginda rukuk dan kami semua pun ikut rukuk. Kemudian baginda mengangkat kepala dari rukuk kami pun turut melakukan hal yang sama. Kemudian baginda turun untuk sujud bersama saf pertama. Sementara itu saf yang di belakang tetap berdiri berhadapan dengan musuh. Ketika Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf pertama. Saf yang di belakang pula turun untuk melakukan sujud dan kemudian berdiri. Kemudian saf yang belakang itu maju ke hadapan dan saf pertama bergerak ke belakang. Kemudian Nabi s.a.w rukuk dan kami semua ikut serta rukuk bersama baginda. Kemudian Nabi berdiri tegak dan kami pun mengikuti baginda. Sementara barisan yang tadi berada di belakang ikut sujud bersama baginda, manakala barisan yang satu lagi tetap berdiri menghadapi musuh. Apabila Nabi s.a.w selesai sujud bersama saf yang berada di belakang baginda, maka barisan yang di belakang pula turun sujud. Setelah mereka selesai sujud, Nabi s.a.w memberi salam dan kami semua ikut serta memberi salam. Kata Jabir: Seperti yang biasa dilakukan oleh pasukan pengawal terhadap pemimpin mereka.

Harus Sembahyang Sunat Di Atas Kenderaan Semasa Musafir Dengan Menghadap Mengikut Haluannya

Hadis Anas bin Malik r.a: 
 Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin r.a katanya: Aku bertemu dengan Anas bin Malik ketika beliau pulang dari Syam. Aku bertemu dengannya di Ain At-Tamr dan aku melihat beliau sembahyang di atas keldai sedangkan mukanya menghadap ke arah ini, iaitu sebelah kiri kiblat. Aku berkata kepadanya: Aku melihat kamu sembahyang dengan tidak menghadap ke arah kiblat? Dia menjawab: Seandainya aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukan perkara ini, pasti akupun tidak akan melakukannya.

Terlupa Dalam Sembahyang Dan Sujud Sahwi

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
 Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah kiblat. Di antara sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat. Lalu seorang sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan iaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.

Terlupa Dalam Sembahyang Dan Sujud Sahwi

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang sembahyang dan menurut kata Ibrahim: Baginda menambah atau mengurang rakaat sembahyangnya, maka setelah selesai memberi salam, baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah ada sesuatu yang telah terjadi pada sembahyang tadi? Rasulullah s.a.w bertanya kembali: Perkara apakah itu? Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu telah mendirikan sembahyang begini dan begini. Beliau berkata: Seketika itu juga Rasulullah s.a.w melipatkan kedua kakinya dan menghadap kiblat, lalu baginda sujud sebanyak dua kali, lantas baginda memberi salam. Kemudian beliau berpaling ke arah kami seraya bersabda: Seandainya terjadi sesuatu semasa dalam sembahyang, maka aku ingin menerangkannya kepada kamu. Tetapi aku juga manusia biasa yang boleh jadi terlupa sama seperti kamu. Apabila aku terlupa, peringatkanlah kepadaku. Apabila kamu merasa ragu-ragu ketika sembahyang, hendaklah kamu berusaha mencari yang sepatutnya dan menyempurnakannya jika kurang, selepas itu hendaklah kamu melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali.

Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang

Hadis Aisyah r.a:
 Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat air liur, hingus atau kahak di dinding kiblat lalu baginda menyapunya.

Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
 Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat hingus di arah kiblat masjid, lalu baginda menyapunya dengan batu kecil. Kemudian baginda melarang seseorang dari meludah ke kanan atau ke depan, tetapi bolehlah meludah ke kiri atau ke bawah telapak kaki kirinya. 

(Nombor hadith dalam S Larangan Meludah Di Dalam Masjid Samada Ketika Sembahyang Atau Diluar Sembahyang

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
 Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat air liur di dinding yang menghadap ke arah kiblat lalu baginda menyapunya. Kemudian baginda berpaling kepada para sahabat dan bersabda: Semasa kamu sembahyang, kamu janganlah meludah ke depan kerana sesungguhnya Allah sedang menghadap ke arah kamu semasa kamu sembahyang.

Pembinaan Masjid Nabi s.a.w

Hadis Anas bin Malik r.a:
 Ketika Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda singgah di kawasan yang agak tinggi di Kota Madinah iaitu sebuah tempat yang bernama Bani Amru bin Auf. Baginda tinggal bersama mereka selama empat belas malam. Kemudian baginda menyuruh supaya memanggil pemimpin Bani Najjar. Lalu mereka pun datang membawa pedang masing-masing. Beliau berkata lagi: Aku seolah-olah melihat Rasulullah s.a.w di atas untanya, manakala Abu Bakar berada di belakang baginda, sementara pemimpin Bani Najjar mengelilingi baginda. Baginda membiarkan saja unta baginda itu membawanya sehinggalah baginda tiba di halaman rumah milik Abu Ayyub. Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w sembahyang walau di mana saja bila tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang di dalam kawasan pemeliharaan kambing. Kemudian baginda memerintahkan supaya didirikan sebuah masjid. Beliau berkata lagi: Lalu baginda menyuruh memanggil pemimpin Bani Najjar itu, mereka pun datang. Lalu baginda bersabda: Wahai Bani Najjar! Nyatakan harga kebunmu ini kepadaku. Lalu mereka menjawab: Tidak! Demi Allah, kami tidak mahukan harganya kecuali kepada Allah. Lalu Anas berkata: Mengikut pengetahuanku, dalam kebun itu terdapat pokok kurma, kubur orang-orang Musyrikin dan runtuhan bangunan. Lantas Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memotong pokok kurma, membongkar kubur orang-orang Musyrikin dan meratakan runtuhan bangunan. Beliau berkata lagi: Lalu mereka menjadikan pohon kurma tersebut sebagai arah kiblat dan sebuah batu besar sebagai bahu pintu gerbang. Beliau berkata lagi: Mereka melakukan pekerjaan berat itu sambil mengalunkan syair dan Rasulullah s.a.w ada bersama mereka. Mereka bersyair: اللَّهُمَّ إِنَّهُ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُ الْآخِرَهْ فَانْصُرِ الْأَنْصَارَ وَالْمُهَاجِرَهْ Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya tiada kebaikan yang terlebih baik melainkan kebaikan akhirat. Bantulah orang-orang Ansar dan orang-orang Muhajirin. 

Melintang Di Hadapan Orang Sembahyang

Hadis Saidatina Aisyah r.a: 
 Nabi s.a.w pernah mendirikan sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu melintang di antara baginda dan kiblat seperti jenazah melintang. 

Sembahyang Berhampiran Dinding

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a:
 Beliau memilih tempat untuk meletak mashaf iaitu Al-Quran, lalu sembahyang di situ. Beliau menyebut bahawa Rasulullah s.a.w juga memilih tempat tersebut. Manakala jarak antara mimbar dan kiblat hanyalah cukup untuk laluan seekor kambing sahaja. 

Galakan Ketika Melakukan Amalan

Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
 Seseorang berkata: 
Apabila kamu duduk untuk membuang air besar, pastikan kamu tidak menghadap ke arah kiblat dan tidak menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Abdullah berkata: Aku pernah naik ke atas bumbung rumah dan terlihat Rasulullah s.a.w duduk di atas dua biji batu dengan menghadap ke Baitulmuqaddis untuk membuang air besar. 

Galakan Ketika Melakukan Amalan

Hadis Abu Ayyub Al-Ansariy r.a: Nabi s.a.w bersabda: 
Apabila kamu ingin membuang air besar, kamu janganlah menghadap kiblat. Begitu juga janganlah kamu membelakanginya sewaktu kencing atau membuang air besar. Sebaliknya menghadaplah ke timur atau ke barat. 

Friday 14 October 2011

Perubahan Arah Kiblat Dari Baitulmuqaddis Ke Kaabah

818. Hadis Al-Bara' bin Aazib r.a katanya: Aku telah sembahyang bersama Nabi s.a.w menghadap ke Baitulmuqaddis selama enam belas bulan sehinggalah diturunkan ayat yang terdapat dalam surah Al-Baqarah: وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ Yang bermaksud: Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah mukamu ke arahnya. Ayat tersebut diturunkan selepas Nabi s.a.w mendirikan sembahyang. Setelah itu seorang lelaki dari satu kaum berjalan-jalan dan secara kebetulan dia mendapati beberapa orang dari kaum Ansar masih lagi sembahyang dengan menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Lalu dia menceritakan tentang ayat tersebut, lantas mereka memalingkan muka mereka ke arah Kaabah.


 820. Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Ketika orang ramai sedang mendirikan sembahyang Subuh di Quba', tiba-tiba datang seorang lelaki kepada mereka lalu memberitahu bahawa ayat yang memerintahkan supaya mereka menghadap ke arah Kaabah telah di turunkan kepada Rasulullah s.a.w malam tadi, maka hadapkanlah ke arahnya. Sedangkan pada masa itu mereka semua sedang menghadap ke arah Syam. Lantas mereka semua berpaling menghadap ke arah Kaabah.

Pembinaan Masjid Nabi s.a.w

 816. Hadis Anas bin Malik r.a: Ketika Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda singgah di kawasan yang agak tinggi di Kota Madinah iaitu sebuah tempat yang bernama Bani Amru bin Auf. Baginda tinggal bersama mereka selama empat belas malam. Kemudian baginda menyuruh supaya memanggil pemimpin Bani Najjar. Lalu mereka pun datang membawa pedang masing-masing. Beliau berkata lagi: Aku seolah-olah melihat Rasulullah s.a.w di atas untanya, manakala Abu Bakar berada di belakang baginda, sementara pemimpin Bani Najjar mengelilingi baginda. Baginda membiarkan saja unta baginda itu membawanya sehinggalah baginda tiba di halaman rumah milik Abu Ayyub. Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w sembahyang walau di mana saja bila tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang di dalam kawasan pemeliharaan kambing. Kemudian baginda memerintahkan supaya didirikan sebuah masjid. Beliau berkata lagi: Lalu baginda menyuruh memanggil pemimpin Bani Najjar itu, mereka pun datang. Lalu baginda bersabda: Wahai Bani Najjar! Nyatakan harga kebunmu ini kepadaku. Lalu mereka menjawab: Tidak! Demi Allah, kami tidak mahukan harganya kecuali kepada Allah. Lalu Anas berkata: Mengikut pengetahuanku, dalam kebun itu terdapat pokok kurma, kubur orang-orang Musyrikin dan runtuhan bangunan. Lantas Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memotong pokok kurma, membongkar kubur orang-orang Musyrikin dan meratakan runtuhan bangunan. Beliau berkata lagi: Lalu mereka menjadikan pohon kurma tersebut sebagai arah kiblat dan sebuah batu besar sebagai bahu pintu gerbang. Beliau berkata lagi: Mereka melakukan pekerjaan berat itu sambil mengalunkan syair dan Rasulullah s.a.w ada bersama mereka. Mereka bersyair: اللَّهُمَّ إِنَّهُ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُ الْآخِرَهْ فَانْصُرِ الْأَنْصَارَ وَالْمُهَاجِرَهْ Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya tiada kebaikan yang terlebih baik melainkan kebaikan akhirat. Bantulah orang-orang Ansar dan orang-orang Muhajirin.

Thursday 13 October 2011

MASJID DAN TEMPAT TEMPAT SEMBAHYANG

808. Hadis Abu Zar r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya lagi: Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidilaqsa. Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang kerana di situ juga merupakan masjid.


 810. Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.


 812. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Aku diberikan enam kelebihan berbanding Nabi-nabi lain; Aku diberi kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi erti yang banyak iaitu Al-Quran dan Hadis. Aku diberi pertolongan dengan cara dapat menakutkan musuh, dihalalkan bagiku harta rampasan perang dan dijadikan kepadaku bumi yang suci sebagai tempat sujud. Aku juga diutuskan kepada seluruh makhluk dan aku adalah sebagai penutup bagi seluruh para Nabi iaitu Nabi yang terakhir diutuskan.

Wednesday 12 October 2011

Sembahyang Dengan Memakai Sehelai Pakaian Dan Sifat Pemakaiannya

799. Hadis Abu Hurairah r.a: Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w tentang sembahyang dengan memakai sehelai pakaian. Maka baginda bersabda: Adakah kamu semua memiliki dua helai pakaian?. 


 801. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang dari kamu mendirikan sembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian dan tidak ada sedikit pun pakaian yang menutupi kedua-dua bahunya.


 802. Hadis Umar bin Abu Salamah r.a katanya: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang di rumah Ummu Salamah secara berselimut iaitu membalut tubuh baginda dengan sehelai pakaian dan meletakkan kedua hujung kain tersebut di atas bahu baginda.


 805. Hadis Jabir r.a katanya: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang secara membalut tubuh baginda dengan sehelai pakaian.

Melintang Di Hadapan Orang Sembahyang

791. Hadis Saidatina Aisyah r.a: Nabi s.a.w pernah mendirikan sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu melintang di antara baginda dan kiblat seperti jenazah melintang.


 797. Hadis Maimunah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang, manakala aku pula berada di hadapan baginda dan aku dalam keadaan haid. Kadang-kadang pakaian baginda mengenai aku apabila baginda sujud.

Sembahyang Berhampiran Dinding

786. Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a katanya: Jarak antara tempat sembahyang Rasulullah s.a.w dan dinding hanyalah cukup untuk kambing melintas.


 787. Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a: Beliau memilih tempat untuk meletak mashaf iaitu Al-Quran, lalu sembahyang di situ. Beliau menyebut bahawa Rasulullah s.a.w juga memilih tempat tersebut. Manakala jarak antara mimbar dan kiblat hanyalah cukup untuk laluan seekor kambing sahaja.

Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang

782. Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang sembahyang, janganlah membiarkan seorang pun yang melintasi di hadapannya. Sekiranya ada orang yang melintas maka hendaklah dia menghalang semampunya. Sekiranya halangan tersebut tidak dihiraukan maka hendaklah dia membunuhnya kerana sesungguhnya orang tersebut adalah syaitan.


 785. Hadis Abu Juhaim r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.

Sekatan atau Pendinding Ketika Mendirikan Sembahyang

773. Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w keluar untuk sembahyang pada Hari Raya, baginda memerintahkan supaya membawa lembing yang berhujung besi untuk dipacakkan di hadapan, kemudian baginda mendirikan sembahyang menghadap ke arah lembing tadi. Begitu juga para makmum di belakang baginda. Oleh kerana itulah, pada hari ini, pihak penguasa turut melakukan sedemikian.


 775. Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w melintangkan Unta baginda di hadapan lalu sembahyang dengan menghadap ke arah unta tersebut. 


 777. Hadis Abu Juhaifah r.a katanya: Aku menghadap Nabi s.a.w di Mekah, sewaktu baginda berada di Abtah, di dalam suatu khemah bulat berwarna merah yang diperbuat dari belulang. Katanya lagi: Kemudian Bilal keluar dengan membawa air wuduk untuk baginda. Maka ada mereka yang mendapat air tadi dan ada pula yang hanya dipercikkan oleh orang lain. Katanya lagi: Kemudian Nabi s.a.w keluar dengan memakai pakaian merah, seolah-olah aku dapat melihat betis baginda yang putih. Beliau berkata lagi: Setelah itu baginda berwuduk lalu Bilal mengumandangkan azan. Aku memerhatikan mukanya bergerak ke kanan dan ke kiri ketika membaca الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ kemudian dipacakkan sebatang tongkat untuk baginda lalu baginda pun maju ke hadapan dan bersembahyang Zuhur dua rakaat. Kemudian seekor keldai dan seekor anjing melintas di hadapan baginda tetapi baginda tidak menghalangnya. Seterusnya baginda mendirikan sembahyang Asar dua rakaat dan baginda sentiasa mendirikan sembahyang dua rakaat sehinggalah baginda sampai ke Madinah.


 780. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku pernah datang dengan menaiki keldai betina ketika aku hampir baligh. Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang sembahyang bersama orang ramai di Mina. Aku melintasi di hadapan saf lalu turun dan membiarkan keldaiku merumput. Kemudian aku masuk ke dalam saf dan tiada seorang pun yang mencela perbuatanku tadi.

Perkara perkara Yang Berkaitan Dengan Sifat Sembahyang Dan Bagaimana Memulakan Serta Mengakhirinya

764. Hadis Abdullah bin Malik bin Buhainah r.a: Sesungguhnya ketika Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang, baginda merenggangkan kedua tangannya sehingga ternampak putih di ketiak baginda.

Meluruskan Badan Ketika Sujud, Meletakkan Kedua Tapak Tangan Di Atas Tanah, Mengangkat Kedua Siku Dari Rusuk Dan Menjauhkan Perut Dari Kedua Paha Ketika Sujud

762. Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Luruskanlah badan ketika bersujud dan janganlah salah seorang dari kamu mendamparkan kedua lengannya iaitu merapatkan siku ke tanah seperti anjing mendamparkan kaki hadapannya.

Anggota anggota Sujud Serta Larangan Melapik Rambut Dan Pakaian Yang Dipakai Pada Dahi Dan Menjalin Rambut Ketika Sembahyang

755. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Nabi s.a.w telah diperintahkan agar melakukan sujud dengan menggunakan tujuh anggota badan serta dilarang melapik dahi dengan rambutnya dan pakaiannya.

Bacaan Ketika Rukuk dan Sujud

746. Hadis Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika rukuk dan sujud, baginda biasanya memperbanyakkan bacaan:


 سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي 


Baginda melaksanakan apa yang diperintahkan di dalam Al-Quran.

Mengikuti Imam dan Melakukan Rukun atau Selainnya Selepas Imam

728. Hadis Al-Bara' r.a: Sesungguhnya mereka iaitu para sahabat sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w. Maka apabila baginda mengangkat kepala dari rukuk, aku tidak melihat seorang pun yang masih membongkokkan badannya sehinggalah ketika Rasulullah s.a.w meletakkan dahi ke tempat sujud maka orang-orang yang berada di belakang baginda pun turut sujud.

Penyelarasan Di Antara Rukun rukun Sembahyang dan Meringankannya Tanpa Mencacatkan Sembahyang

724. Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya: Aku mengamati sembahyangku bersama Muhammad s.a.w. Maka aku mendapati baginda berdiri, rukuk, bangkit sesudah rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lagi serta baginda duduk antara salam dan selesai sembahyang, semuanya hampir sama.


 726. Hadis Anas r.a katanya: Sesungguhnya aku tidak akan mempercepatkan sembahyang jika aku mengimami kamu sebagaimana aku melihat Rasulullah s.a.w mengimami kami. Thabit iaitu salah seorang perawi berkata: Anas melakukan sesuatu yang tidak pernah aku melihat kamu semua melakukannya. Apabila beliau mengangkat kepala dari rukuk, maka beliau berdiri tegak sehingga ada yang berkata dia telah lupa dan jika beliau mengangkat kepala dari sujud, maka dia diam sehingga ada yang berkata dia telah lupa.

Tuesday 11 October 2011

Meminta Imam Supaya Mempercepat Sembahyang Tanpa Mencacat Sembahyang

713. Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku akan datang lewat semasa sembahyang Subuh nanti disebabkan oleh Si Polan yang memanjangkan sembahyangnya. Aku belum pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberi nasihat melebihi kemarahan baginda pada hari itu. Baginda bersabda: Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kamu yang menjauhkan orang dari agama. Maka sesiapa di antara kamu menjadi imam, hendaklah dia mempercepatkan sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang mempunyai keperluan lain.


 714. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, hendak dia mempercepat sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat kanak-kanak yang masih kecil, orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang sakit. Maka apabila mereka mendirikan sembahyang bersendirian, boleh sembahyang sesuka hatinya.


 719. Hadis Anas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w mempercepat sembahyang sehingga menyempurnakannya. 


 722. Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mendengar tangisan anak kecil bersama ibunya ketika baginda sedang sembahyang, lalu baginda pun membaca surah yang sedikit ayatnya atau surah yang pendek.

Monday 10 October 2011

Bacaan Ketika Sembahyang Isyak

706. Hadis Al-Bara' r.a: Daripada Nabi s.a.w bahawa dalam suatu perjalanan, ketika baginda mendirikan sembahyang Isyak, baginda membaca di dalam salah satu dari dua rakaatnya Surah At-Tin.


 709. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Biasanya Muaz sembahyang bersama Nabi s.a.w kemudian beliau pulang mengimami kaumnya. Pada suatu malam, beliau sembahyang Isyak bersama Nabi s.a.w kemudian pulang mengimami kaumnya. Beliau mulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Maka ada seorang lelaki yang membatalkan sembahyangnya dengan memberi salam terlebih dahulu, kemudian mendirikan sembahyang bersendirian lalu beredar. Orang ramai berkata kepadanya: Wahai Si Polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhnya aku akan menghadap Rasulullah s.a.w dan memberitahu akan hal ini. Orang tersebut menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami adalah seorang pemilik unta, penyiram tanaman dan kami berkerja pada siang hari. Sesungguhnya Muaz telah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah Al-Baqarah. Rasulullah s.a.w menemui Muaz lalu bersabda: Wahai Muaz! Adakah kamu memesongkan sembahyang dengan membaca itu dan ini. Sufian berkata: Aku berkata kepada Amru sesungguhnya Abu Az-Zubair menceritakan kepadaku dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah surah Asy-Syams, Ad-Dhuha dan Al-A'laa. Maka Amru berkata: Memang seperti itu.

Friday 7 October 2011

Bacaan Ketika Sembahyang Subuh

702. Hadis Abu Barzah r.a: Rasulullah s.a.w membaca ayat-ayat Al-Quran semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.

Bacaan Ketika Sembahyang Zuhur Dan Asar

685. Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w berjemaah bersama kami pada sembahyang Zuhur dan Asar, baginda membaca surah Al-Fatihah dan dua surah pada dua rakaat yang pertama. Kadang-kadang baginda menyaringkan bacaan ayatnya kepada kami. Baginda memanjangkan rakaat pertama dan memendekkan rakaat kedua ketika sembahyang Zuhur demikian juga ketika sembahyang Subuh.

Meninggikan Bacaan Di dalam Sembahyang Subuh Dan Membaca Al Quran Kepada Jin

681. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w belum pernah membaca Al-Quran dan mengajar agama kepada jin dan belum pernah pula melihat mereka. Kisahnya, baginda berangkat bersama dengan rombongan para sahabat menuju ke pasar Ukaz Pada ketika itu, tipu muslihat antara syaitan dan berita dari langit dihalangi dan mereka dilempari dengan panah api. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka, lalu berkata: Antara kami dan berita dari langit ditipu daya dan kami dilempari dengan panah api. Kaum mereka berpendapat: Keadaan itu adalah kerana ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Pergilah ke bumi di sebelah timur dan barat. Telitilah apa yang menghalangi antara kita dan berita dari langit. Mereka pun pergi ke bumi di sebelah timur dan barat. Sekumpulan jin dari mereka menuju ke arah Tihamah iaitu mengikuti Nabi s.a.w. Baginda berada di bawah pokok tamar dalam perjalanan ke pasar Ukaz. Pada saat itu, baginda sedang sembahyang Subuh bersama para sahabat. Ketika mereka mendengar Al-Quran, mereka memerhatikannya, lalu berkata: Inilah yang menghalangi antara kita dengan berita dari langit. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka lalu berkata: Wahai kaumku. إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا Yang bermaksud: Sesungguhnya aku telah mendengar bacaan yang mengkagumkan, yang boleh menunjukkan kita kepada kebenaran, maka aku beriman kepadanya dan tidak akan menyekutukan Tuhanku dengan siapa pun. Maka Allah s.w.t menurunkan kepada nabiNya Muhammad s.a.w ayat قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ Yang bermaksud: Katakanlah, telah diwahyukan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Quran.

Mendengar Bacaan Al Quran

679. Hadis Ibnu Abbas r.a: Tentang firman Allah s.w.t:


لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ 


Yang bermaksud: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca Al-Quran. Beliau berkata: Dulu apabila Malaikat Jibril turun menyampaikan wahyu, maka Nabi s.a.w menggerakkan lidah dan bibir baginda untuk membaca wahyu tadi sehingga susah menggerakkannya. Keadaan baginda sedemikian dapat dilihat. Maka Allah berfirman: 


لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ 


Yang bermaksud: Janganlah kamu menggerakkan lidahmu untuk membacanya dan ingin cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya dan membacanya. Kamilah yang perlu mengumpulkannya di dadamu dan membacanya, lalu kamu membacanya.


فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ 


Yang bermaksud: Apabila Kami selesai membacanya, maka ikutilah bacaan itu. Kami menurunkannya, maka dengarkanlah baik-baik. FirmanNya


 إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ 


Yang bermaksud: Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. Kami menjelaskannya melalui lidahmu. Apabila Malaikat Jibril mendatangi baginda, baginda diam dan apabila Malaikat tadi iaitu Jibril telah pergi, barulah baginda membacanya sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah kepada baginda.

Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriyah (Sembahyang Yang Dibaca Secara Nyaring) Iaitu Antara Nyaring Dan Perlahan Jika Dikhuatiri Akan Menimbulkan Perkara Yang Tidak Baik Apabila Dinyaringkan

 677. Hadis Ibnu Abbas r.a: Tentang firman Allah: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا 
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w::
 وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ 
Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu.
 وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا 
Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,
وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا 
sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan.


 678. Hadis Aisyah r.a: Tentang firman Allah s.w.t: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا 
Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu dan jangan pula kamu memperlahankannya. Beliau berkata: Ayat ini ditujukan pada doa.

Wanita Dibolehkan Keluar Ke Masjid Jika Tidak Menimbulkan Fitnah Dan Tidak Dibolehkan Memakai Wangi wangian

666. Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya. 


 676. Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Kalau sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh kaum wanita sekarang, nescaya baginda melarang mereka pergi ke masjid, seperti dilarang kepada wanita Bani Israel. Yahya berkata: Aku bertanya kepada Amrah, adakah wanita Bani Israel itu dilarang pergi ke masjid? Maka beliau menjawab: Ya!.

Perintah Terhadap Kaum Wanita Yang Sembahyang Di Belakang Kaum Lelaki Agar Tidak Mengangkat Kepala Mereka Dari Sujud Sebelum Kaum lelaki Mengangkat Kepala Masing masing

665. Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Aku melihat orang lelaki yang sembahyang di belakang Nabi s.a.w mengikatkan kain mereka pada leher kerana kain mereka terlalu sempit. Kemudian seseorang berkata: Wahai para wanita! Janganlah kamu mengangkat kepala kamu sebelum kaum lelaki itu bangun.

Meluruskan Saf Dan Merapikannya. Kelebihan Saf Yang Pertama. Memenuhkan Saf Pertama. Berlumba lumba Mencapainya Serta Mengutamakan Orang orang Yang Mempunyai Kelayakan Dan Mendekatkan Mereka Kepada Imam

656. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.


 657. Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sempurnakanlah saf-saf. Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang berada di belakangku. 


 658. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Rapikanlah saf semasa sembahyang kerana merapikan saf itu sebahagian dari keelokan sembahyang. 


 659. Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu ingin meluruskan saf-safmu atau Allah akan menggantikan wajahmu. 


 661. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.


 663. Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Seandainya kamu mengetahui atau mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam saf yang di hadapan, nescaya kamu atau mereka akan mengadakan undian.

Haram Mendahului Imam Dengan Rukuk Atau Sujud Dan Selain Dari Keduanya

647. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Adakah orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut kepalanya akan diganti oleh Allah dengan kepala keldai?.

Perintah Agar Mengelokkan Sembahyang Serta Khusyuk Ketika Sembahyang

 642. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w sembahyang mengimami kami. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Wahai Si Polan! Mengapa kamu tidak mengelokkan sembahyangmu? Bukankah seseorang yang sembahyang itu akan memerhatikan bagaimana dia sembahyang kerana sesungguhnya dia sembahyang untuk dirinya sendiri. Demi Allah sesungguhnya aku dapat melihat ke belakangku sebagaimana aku melihat di hadapanku.


 644. Hadis Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w bersabda: Tunaikanlah rukuk dan sujud. Demi Allah, sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang berada di belakangku dan boleh jadi baginda bersabda: Yang berada di belakang punggungku apabila kamu rukuk atau sujud.

Membaca Tasbih Bagi Lelaki Dan Menepuk Tangan Bagi Wanita Jika Mereka Mengalami Sesuatu Ketika Sembahyang

641. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Membaca tasbih adalah untuk lelaki dan menepuk tangan adalah untuk wanita.

Jemaah Menampilkan Seseorang Untuk Mengimami Mereka Apabila Imam Yang Tetap Terlewat Datang Dan Mereka Tidak Bimbang Akan Berlaku Kecacatan Disebabkan Oleh Penampilan Tersebut

639. Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a: Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita.

Mengganti Imam Apabila Didapati Dia Uzur Seperti Sakit, Musafir Dan Sebagainya. Menjadi Imam Kepada Orang Ramai. Manakala Sesiapa Yang Mendirikan Sembahyang Dengan Mengikuti Imam Sedangkan Imam Mendirikan Sembahyang Dalam Keadaan Duduk, Dia Hendaklah Terus Berada Dalam Keadaan Berdiri Sekiranya Berkemampuan. Pembatalan Tuntutan Supaya Dia Duduk Dibelakang Imam Yang Mendirikan Sembahyang Dalam Keadaan Duduk Bagi Orang Yang Berkuasa Berdiri

629.Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Utbah r.a katanya: Aku bertanya Saidatina Aisyah r.a dengan berkata: Bagaimana dengan penyakit yang dihidapi oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Nabi s.a.w sakit sehingga tidak dapat berjalan. Baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum dan mereka sedang menunggumu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya, lalu baginda berwuduk. Setelah selesai baginda cuba berdiri. Tapi malang baginda terjatuh dan pengsan. Setelah pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya lalu baginda berwuduk. Setelah itu baginda cuba berdiri, tetapi pengsan lagi. Sebaik sahaja pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Tuangkan air ke dalam bekas untukku. Kami lakukannya dan baginda berwuduk lagi. Setelah itu baginda cuba berdiri, tetapi pengsan lagi. Setelah pulih baginda bersabda: Adakah orang ramai telah selesai mendirikan sembahyang? Kami menjawab: Belum, mereka masih menunggumu, wahai Rasulullah! Sementara itu orang ramai masih berkumpul di masjid menunggu Rasulullah s.a.w untuk mendirikan sembahyang Isyak yang sudah terlewat. Akhirnya baginda mengutuskan seseorang menemui Abu Bakar agar beliau mengimami sembahyang. Setelah utusan tersebut berjumpa Sayidina Abu Bakar r.a dia terus berkata: Rasulullah s.a.w memerintahkan kamu agar mengimami sembahyang orang ramai. Sayidina Abu Bakar r.a berkata: Aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menggantikan tempat tersebut. Lalu meminta Sayidina Umar r.a dengan katanya: Wahai Umar! Imamkanlah sembahyang orang ramai. Ubaidillah berkata: Sayidina Umar menjawab: Kamu lebih layak berbanding dengan aku. Akhirnya Sayidina Abu Bakar mengimami sembahyang mereka sehingga beberapa hari. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w beransur pulih, baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang sahabat, salah seorangnya ialah Al-Abbas untuk sembahyang Zuhur. Sementara itu Abu Bakar sedang sembahyang mengimami orang ramai. Apabila melihat Rasulullah s.a.w Abu Bakar cuba bergerak untuk berundur ke belakang lalu Nabi s.a.w memberi isyarat kepadanya supaya tidak berbuat demikian. Kemudian baginda bersabda kepada dua orang yang membantunya: Bawakan aku ke tepi Abu Bakar. Mereka berdua membawanya sehinggalah baginda duduk di tepi Abu Bakar. Abu Bakar tetap sembahyang dalam keadaan berdiri. Orang ramai tetap berimamkan Abu Bakar r.a manakala Nabi s.a.w mengikutinya dalam keadaan duduk.


 636. Hadis Anas bin Malik r.a: Abu Bakar mengimami sembahyang orang ramai ketika Rasulullah s.a.w dalam kesakitan yang menyebabkan kewafatan baginda. Pada hari Isnin, ketika para sahabat sedang mendirikan sembahyang, Rasulullah s.a.w membuka tirai dan berdiri memandang kami. Wajah baginda putih berseri umpama kertas, lalu baginda tersenyum lebar hingga tertawa. Anas berkata: Kami yang sedang sembahyang menjadi tercengang kehairanan dan cukup senang hati kerana Rasulullah s.a.w keluar. Abu Bakar tanpa membuang masa terus berundur menghampiri saf kerana menyangka Rasulullah s.a.w keluar untuk sembahyang. Lalu baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya menyempurnakan sembahyang. Anas berkata: Rasulullah s.a.w kemudiannya kembali memasuki bilik dan menjatuhkan tirai. Anas berkata: Hari tersebutlah, berlakunya kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. 


638. Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w sakit dan semakin lama bertambah tenat. Baginda bersabda: Suruhlah Abu Bakar r.a agar sembahyang bersama orang ramai. Aisyah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Abu Bakar itu merasakan tidak layak kalau menduduki di tempatmu. Beliau tidak akan mampu sembahyang dengan orang ramai. Baginda bersabda lagi: Suruhlah Abu Bakar supaya sembahyang bersama orang ramai, kamu adalah seperti teman Nabi Yusuf di dalam menyusun kata-kata. Abu Musa berkata: Kemudian Abu Bakar sembahyang bersama-sama mereka selama Rasulullah s.a.w masih hidup.

Makmum Mengikuti Imam

622. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah terjatuh dari kuda yang menyebabkan kecederaan di bahagian kanan tubuh baginda. Kami cepat-cepat mendapatkan baginda lalu membawa pulang. Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang bersama kami dalam keadaan duduk. Ini menyebabkan kami juga mengikuti baginda dengan bersembahyang dalam keadaan duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia sujud, sujudlah. Juga apabila dia bangun, bangunlah. Akhirnya apabila dia membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ bacalah رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah dalam keadaan duduk. 


 623. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengadu sakit lalu para sahabat mendapatkan baginda seterusnya membawa pulang. Baginda mendirikan sembahyang dalam keadaan duduk sebaliknya para sahabat mengikutinya dalam keadaan berdiri. Baginda kemudiannya mengisyaratkan agar para sahabat duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia bangkit dari rukuk, bangkitlah dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, maka sembahyanglah juga dalam keadaan duduk. 


 625. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ bacalah اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ dan apabila dia sujud, sujudlah. Apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah juga dalam keadaan duduk.

Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ Tahmid Dan Amin

617. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila imam membaca
 سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ 
kamu hendaklah membaca
 اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ 
kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat, nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu. 


 618. Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat, nescaya akan diampunkan oleh Allah s.w.t segala dosa yang telah lalu.

Selawat Kepada Nabi s.a.w Selepas Membaca Tasyahud

614. Hadis Kaab bin Ujrah r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Laila r.a katanya: Kaab bin Ujrah pernah menemuiku dan berkata: Bolehkah aku berikan kepada kamu suatu hadiah? Tiba-tiba Rasulullah s.a.w sampai dan terus berjumpa kami. Lalu kami berkata: Kami telah mengetahui cara untuk mengucapkan salam kepadamu, tetapi bagaimana pula cara untuk kami ucapkan selawat? Baginda bersabda: Kamu bacalah:


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 


 615.Hadis Abu Humaid As-Saa'idiy r.a: Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Baginda bersabda: Bacalah:


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِوَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Membaca Tasyahud Di Dalam Sembahyang

609. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Semasa aku sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w kami membaca:


السَّلَامُ عَلَى اللَّهِ السَّلَامُ عَلَى فُلَانٍ 


Kemudian pada suatu hari Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: Sesungguhnya Allah s.w.t adalah Yang Selamat Sejahtera. Jadi, apabila salah seorang di antara kamu duduk ketika sembahyang, hendaklah dia membaca 


التَّحِيَّاتُ لِلِّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِيْنَ 


Apabila dia membacanya, nescaya keselamatan itu turut sama dikurniakan kepada semua hamba Allah yang soleh samada di langit ataupun di bumi.


 أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ


 kemudian bolehlah dia membaca doa yang dikehendaki.

Dalil Bagi Orang Yang Berpendapat Bahawa Basmalah Merupakan Salah Satu Dari Permulaan Ayat Pada Setiap Awal Surah Kecuali Surah Baraah

607. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w bersama-sama kami, tiba-tiba baginda tersengguk-sengguk seperti mengantuk, kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum. Kami bertanya: Apakah yang melucukan kamu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Baru seketika aku diturunkan satu surah, lalu baginda membaca:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ 


Yang bermaksud: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai tanda bersyukur. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya. Kemudian baginda bertanya: Kamu tahukah, apa yang dimaksudkan dengan Al-Kausar? Kami menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Ia adalah sungai yang dijanjikan oleh Tuhanku, ianya mempunyai berbagai kebaikan. Ianya juga berbentuk sebuah kolam yang dikunjungi oleh umatku pada Hari Kiamat nanti iaitu untuk mengambil airnya. Disediakan bekas sebanyak bintang di langit. Kemudian salah seorang dari umatku ditarik dari kumpulan mereka. Lantas aku berkata: Wahai Tuhanku, dia adalah salah seorang umatku. Lalu Allah berfirman: Kamu tidak mengetahui apakah yang telah dilakukannya selepas kewafatanmu.