Wednesday, 5 October 2011

Perbincangan Tentang Firman Allah: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ketika turunnya ayat Al-Quran surah As-Syura, ayat 214


 وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ


Yang bermaksud: Berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat. Rasulullah s.a.w telah menyeru kaum Quraisy lalu mereka semua berkumpul. Rasulullah s.a.w telah berbicara secara umum dan secara khusus. Baginda bersabda lagi: Wahai Bani Kaab bin Luaiy. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Murrah bin Kaab. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Syams. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Manaf. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Hasyim. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Bani Abdul Muttalib. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Wahai Fatimah. Selamatkanlah diri kamu dari neraka. Sesungguhnya aku tidak boleh menolak sebarang seksaan Allah kepada kamu, maka janganlah merasa selamat dari azab Allah dengan sebab mempunyai hubungan kerabat denganku melainkan kamu menjalinkan hubungan silaturahim iaitu Islam. Tentu aku akan menguatkan hubungan itu dengan hubungan yang kuat iaitu ihsan. 

No comments:

Post a Comment