617. Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila imam membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
kamu hendaklah membaca
اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat, nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu.
618. Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat, nescaya akan diampunkan oleh Allah s.w.t segala dosa yang telah lalu.
No comments:
Post a Comment