Saturday, 1 October 2011

Orang Islam Yang Membunuh Diri Akan Masuk Neraka




"… Sesiapa yang membunuh dirinya akan diseksa pada Hari Kebangkitan (Kiamat) dengan perkara itu juga …." Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.199,201,202 ms.62.


Bukhari jld.5 buku 59 no.515 ms.364 and jld.5 buku 59 bab 37 no.518 ms.367 menceritakan bahawa ada seorang pahlawan Islam yang cedera parah, lalu dia mengambil anak panah dari sarung anak panah dan membunuh dirinya dan masuk Neraka.


"…Ketika kami berada di tengah-tengah medan perang lelaki itu bertarung dengan hebat lalu tercedera. Telah dikatakan: Rasulullah, orang yang pada mulanya kamu gelar sebagai penghuni Api (Neraka) telah bertarung dengan hebat lalu mati. Melihat keadaan ini Rasulullah (s.a.w.) berkata: Dia telah dihumban ke dalam Api (Neraka). Ada antara mereka yang ragu-ragu (tentang nasibnya) apabila diberitahu dia cedera parah dan bukannya mati. Pada waktu malam, dia tidak tahan (akan kesakitan) dengan kecederaannya lalu membunuh dirinya." Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.205 ms.63

No comments:

Post a Comment