590. Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman r.a katanya: Bahawa Abu Hurairah sembahyang mengimami para sahabat. Beliau bertakbir setiap kali turun dan bangkit semasa sembahyang. Sebaik sahaja selesai, beliau terus berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku melakukannya adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
594. Hadis Imran bin Husain r.a:
Diriwayatkan daripada Mutarrif bin Abdullah r.a katanya: Aku dan Imran bin Husain pernah sembahyang dengan berimamkan Ali bin Abu Talib. Apabila ingin sujud beliau mengucapkan takbir dan begitu juga bila bangkit dari sujud. Setelah selesai rakaat yang kedua, beliau bangkit serta bertakbir. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami pun bersurai. Lalu Mutarrif berkata: Imran memegang tanganku sambil berkata: Sembahyang yang kita kerjakan tadi adalah sama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ataupun katanya: Sayidina Ali cuba mengingatkan aku bahawa ini adalah cara sembahyang yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment